Friday, May 4, 2012

investment- how to start

emm-salah satu dari target hijrah ke Kuwait ni adalah supaya dapat retired early! like what most of the people want! after 2 years, the vision still blurr!!! why?keep you money and see it growing double?triple?or even qudraple!!! put your money in Gold Bar... and wait for few years and ..enjoy it?? buy a property-apartment/land- rent it and you will be sit back and enjoy your golden age..while the money will flowing free ..hahahahah...banyak la teori yang dipostkan di blog pelaburan,tp stakat ini hati belum terbuka utk kesemuanya itu,,ngape yek???
ramai sahabat fb yang join pelaburan hartanah-emas-silver-ikan keli-MLM- etc--dan bermacam2 kata-kata motivasi yg dipetik dari pelbagai guru pelaburan terkemuka dunia masa ini spt robert kiyosaki-rich dad poor dad-dan tak kurang juga link to blogger jutawan hartanah etc- ttp buku Biografi Muhammad Bin Abdullah terbitan PTS yg dibeli sewaktu menunggu flight KUL-COLOMBO di MPH membuatkan jiwa terkesima!! aku sudah melupakan guru terbaik disepanjang zaman--sahabat2 r.a nya dan pengorbanan isteri2nya--- semoga Allah mendorongkan aku pelaburan yg terbaik dunia dan akhirat-- Abd Rahman B Auf ra,Abu Bakar as -Siddiq r.a... pray for me please!!!

hairulkuwait @ 

Tuesday, February 28, 2012

Cabaran merantau!!!

.sedang says asyik meninjau harga IPad2 di LULU hypermarket, tiba2 iPhone berbunyi!! Kami datang hahha macam wonder pet la ,kedengaran suara rakan mengajak saya menemani beliau untuk ke Airport utk menengok-nengokkan anak kawan yang dibukakan hijab ..boleh melihat ke satu alam, dimensi yg lain.. emm ngapa ajak aku yek?..apa yang boleh aku buat..meningatkan pesan org2 tua ..jangan mnghampakan hajat oraang..ingatlah "yang mengerakkan segala sesuatu hanyalah ALLAH .. maka bertawakal la saya bergegas kesana, dlm perjalanan cas/ aura sekeliling berubah-- meremang / sesak nafas semuanya ada! sesampai di sana, disaat menghampiri anak kecil sahabt saya itu(9 tahun- perempuan),, seluruh tubuh meremang..dan pabila berdialg dgn beliau dia mennyatakan kami semua sedang dikepung oleh 20..emm mahkluk asing yang bemacam rupa dan gaya.. yg hodoh mukanya, lidah terjelir, mulut berdarah, kuku yang panjang dan bersedia utk menerkam.. emm,, untung dia soarng je nampak , kalau saya nampak mau lari kot hahaha !!!!
emm apa nak buat ni,..emm ini bukan Malaysia yang boleh terkam sana sini,atau call darul saka atau iman masjid nkk minta tolong hembus-hembuskan'emm skrg pukul 1 pg kat malaysia, akhirnya teringat pesan "cikgu"saya..rabitah lah saat memerlukan, bahkan kalau mampu setiap saat agar sentiasa berhubung dengan penguasa sekelian alam ini,, akhirnya dengan bimbingan jarak jauh Kuwait-KL masalah anak td selesai , terima kasih guruku--- emm direnung kembali.. bukan senang nk merantu tanpa bekalan yg sewajarnya sbb apa yg terjadi dan cabarn belum tentu mampu kita hadapai dgn fizik/ thermodynamic maupun $$$$$$, moralnya , balik ni kena menghadap "cikgu" di PKMAF agar..selamat dunia akhirat...
hairulkuwait

Sunday, August 7, 2011

Pentingnya Memahami Bacaan Solat

Tentu ramai yg masih ingat lagi zaman dimana drama2 radio amat digemari baik drama kekeluargaan seperti "Rumah No 5 Persiaran 1" hinggalah ke siri cinta tengah malam "Memori" (kalau tak silap lah akan tajuknya". Walaupun hanya mendengar suara para "pelakon dibelakang tabir" tanpa melihat gerak geri, mimik muka dan juga perlakuan "pelakon" itu sendiri, kita mampu mengikutinya dengan penuh perasaan malah hingga naik marah atau pun menangis apabila tiba ke segmen-segmen tertentu.

Mengapa kita boleh turut beremosi dan boleh mengikuti penuh perasaan akan drama-drama radio ini? Sebabnya adalah kerana mereka "membaca" skrip-skrip mereka itu didalam bahasa yang boleh kita fahami, lantas otak merembes kimia-kimia esmosi tertentu dan ini membuatkan sel-sel badan kita melakukan tugas-tugasnya seperti menaikkan degupan jantung apabila marah dan mengangis apabila sedih. Begitu jugalah pada masa kini, jika kita menonton wayang di pawagam ataupun menonton siri TV dari luar negara, mengapa perlu ada sarikata? Supaya kita faham dengan apa yg ditutur katakan lantas memberi kesan dari jalan cerita tersebut.


Menarikkah cerita cinta jika apa yg dituturkan oleh pelakon baik dari drama radio mahupun lakonan di TV tidak kita fahami? Bolehkah kita mendapat manafaat dari ceramah2 yang disampaikan oleh penceramah dari negara asing yang memberi ceramah tanpa dapat kita fahami apa yg ditutur katakan? Jika didalam hal-hal ini kita utamakan pemahaman, mengapa tidak didalam solat?

Dengan memahami apa yang kita kumat-kamitkan didalam solat, rembesan kimia-kimia emosi tertentu juga akan dihasilkan oleh otak terutama dari hipothalamus dan juga kelenjar pituatari yang mana adalah bahagian utama dalam sistem endokrin tubuh manusia. Menerusi kimia2 emosi yg tertentu inilah sel-sel tubuh badan kita akan memahami apa yang kita ucapkan lantas memberi lebih makna dan tumpuan didalam solat itu sendiri.

Memahami solat ini amat penting didalam konsep solat itu sendiri kerana pada pendapat saya, menerusi pemahaman didalam solat inilah kunci "mencegah kemungkaran". Semasa disekolah dahulu ketika perhimpunan pagi sering lafaz rukunegara dilaungkan, kerana apa? kerana pemerintah mahukan rakyat yg "setia kepada raja dan negara" dan sebagainya. Cuba bayangkan jika rukunegara itu diucapkan didalam bahasa Arab tanpa maknanya di terangkan, rasanya mampukan laungan rukunegara itu memberi kesan?

Mungkin ada yang berkata "Allah faham apa yg kita ucapkan" iaitu bacaan didalam bahasa arab itu akan tetapi jika kita sendiri tidak memahaminya, adakah ia akan memberi manafaat kepada kita? Umpama kita keluar negara dan pergi ke restoran yang mana menunya didalam bahasa asing yang tidak difahami. Kerana ego tidak mahu bertanya dan faham akan menu tersebut kita terus sahaja memesan apa yang tertera, apabila yang datang ke meja tidak menepati citarasa kita, siapa yang harus disalahkan?

Alhamdulillah saya mendapat ilham untuk memudahkan lagi pemahaman akan ayat2 yang dibaca didalam solat dengan merakamkan bacaan-bacaan solat berserta dengan terjemahannya sekali. Disini saya ingin berkongsi rakaman mp3 yang saya rakam sendiri menggunakan program Wavepad. Ia boleh didapati dengan percuma disini. Dengan hanya menggunakan microfon dari laptop, rakaman yang agak baik boleh dihasilkan. Anda boleh muatturun bacaan yang telah saya siapkan atau merakam bacaan anda sendiri.

Rakaman yang saya buat adalah lengkap untuk semua bacaan bagi semua solat fardhu dan sunat, rujukan saya adalah buku Panduan Lengkap Ibadah Solat karangan Hj Jojari Hj Alias terbitan Darulnuman. Anda boleh muat turun rakaman saya atau rakaman anda sendiri ke telefon bimbit, pemain mp3 ataupun rakam ke cakera padat dan dengar ketika masa lapang, contohnya semasa memandu. Asyik mendengar lagu dan celoteh DJ, sekali sekala dengarkan juga bacaan2 solat dan terjemahannya agar ketika solat lebih mudah kita memahami apa yg kita ucapkan, bukan ketika solat teringat kembali lagu-lagu hiburan ataupun celoteh DJ walaupun mulut terkumat kamit bacaan solat.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan... Surah An Nisa 4:43

Masalah kita yang mana bahasa arab bukan bahasa ibunda, tanpa mabuk pun kita tetap tidak faham apa yg kita kumat kamitkan, oleh sebab itu menjadi kemestian bagi kita supaya memahami apa yg dibaca supaya kita patuh mengikut perintah Allah seperti didalam ayat diatas itu tadi. Lagu-lagu baru akan mudah dihafal apabila kita kerap mendengarnya, begitu juga dengan rakaman bacaan solat, semakin kerap kita mendengarnya maka semakin mudah kita memahami bacaan solat kita. Ketika pertama kali mengalami sesuatu pengalaman itu (dalam contoh ini makna bacaan solat) jaringan neuron baru terbentuk didalam otak kita, mengingati pengalaman itu (bacaan solat) pula umpama mengangkat besi untuk menaikkan otot, dalam kes otak pula untuk mengutuhkan jaringan neuron tersebut agar lebih mudah kita mengingatinya.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/01/pentingnya-memahami-bacaan-solat.html#ixzz1UO3tZIQo

Thursday, August 12, 2010

ringgit vs USD

..sempena Ramadhan Mubarak, nak la juga mengirim sedikit wang utk bekalan keluarga di tanahair, tp di maklumkan oleh UAE excahange- DINAR KUWAIT tidak diterima oleh bank Di Malaysia,,,apa dah jadi ni????? Dato Seri Najib??????,kalau nak hantar juga ianya mesti ditukarkan kepada USD dahulu,..disaat kita harus kembali kepada sistem kewangan ISLAM kita masih menjadikan USD sbagai tempat rujuk atau penanda aras kekuatan ekonomi kita?
harus diingat-bahasa hasbullah awang, apa yg terjadi pada 97~98 dahulu, apakah kita masih tidak serik utk bergantung terus kpd USD???
KEMBARA DI KUWAIT memulakan tarawih malam pertama dgn bejemaah bersama pelbagai bangsa berimamkan Imam Ahmad dari Mesir- disini satu juz' di peruntukan untuk 8 rakaat- boleh tahan juga lamanya. alhamdulliah..selepas jemaah..mata menyoroti jika ada dikalangan beratus jemaah ini ada terselit satu dua rakyat malaysia..alhamdullilah...ramai juga yang bersongkok dan berbaju melayu malam ni, baguslah.. jangan dilupa akan baju Melayu dan ingat serta doakan Tanah Melayu kita terus jadi milik Kita.. smoga doa diperantauan dan Ramadhan ini diperkenaNya..amin..

kelainan berpakaian menpertemukan Kembara diQ8 dengan pelbagai bangsa asing lain, maklumlah muka melayu tulin..nak kata Indonesia atau Pinoy x mungkin.
dua warga Amerika yang kembali kpd Islam yang benar menjadi sahabat Kembara, dinyatakan bilangan yang memeluk islam berlipat dua kali ganda di US selepas 9/11..mengapa,? sudah resmi US citizen tidak mempercayai 100% apa yandg dipaparkan di media..if Islam is Bad.. let me find it, i will learn Islam and will decide by my own what is Islam.. finally they found out that ISLAM is the WAY OF LIFE. mungkinkah bangsa ini yang akan mengajarkan apa itu ISLAM kepada anak cucuku Di Tanah Melayu satu hari nanti???????...

Monday, November 16, 2009

Semenjak kebelakangan ini, banyak perubahan telah dan akan terus berlaku dalam suasana politik Malaysia, parti politik dominan di pantai timur semakin "haru" dgn isu-isu bai'ah,sponsored haji,seminar pemulihan parti, begitu juga dgn isu2 lain
hari ini,meeting di tempat kerja- theme:driven by performance- saya yang ditugaskan utk memastikan capability building programme set by centre were properly managed and tracked- persoalannya? kearah manakah capability ini dihalaka? adakah untuk memastikan tempat kerja/beroperasi selancar mungkin dan membawa pulangan yang lumayan kpd pemiliknya? siapakah pemiliknya? saya,PM,TPM,..jawapannya.... milik negara. tp apakah hala tuju negara ini sekarang,akan datang dan masa hadapan......apa yang boleh saya lakukan? apakah sekadar tunggu dan lihat?....

tanggal 25october09...ditakdirkan saya berpeluang menyertai sukarelawan HPA dalam misi kemanusiaan di PADANG,Sumatera Barat,.. gempa bumi yang bekekuatan 7.9 telah meranapkan banyak infrastructur , ttp... ranah Minang ttp bernafas dan kotanya terus berdenyut...... banyak yang dipelajari, ramai sahabat baru.... benarlah kata2... jauh perjalanan, luas pengalaman. teringat kata2 Luqman- buatlah rumah disetiap negeri... bemaksud pastkan anda mempunyai rakan,kenalan di setiap negeri tp dengan kaki terus diikat, poket kekal mengecil, tp jiwa ingin bebas- apakah yang harus saya lakukan...